Home Bahan Bantu PdPc Panduan Menulis Karangan | UPSR

Panduan Menulis Karangan | UPSR

by Cikgu Ayu dot My

Apakah yang perlu dilakukan sebelum menulis karangan?

  1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.
  2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis.
  3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis menyebabkan karangan kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
  4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.
  5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting.

 


Apakah yang Perlu Dilakukan Semasa Menulis Karangan?

Karangan yang baik mestilah ada tiga bahagian utama:
Pendahuluan |  Isi  | Penutup

  1. Pendahuluan
    • Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
    • Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik.
    • Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
    • Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.
  2. Isi
    • Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
    • Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama.
    • Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
    • Isi-isi penting haruslah diutamakan.
    • Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang menarik.
    • Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
    • Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
    • Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.
  3. Penutup
  • Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
  • Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya.
  • Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai untuk menulis penutup.


Apakah yang Perlu Dilakukan Sesudah Menulis Karangan?

  1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah selesai menulisnya.
  2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
  3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan dan tanda baca.
  4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
  5. Baiki tulisan cakar ayam dan sukar dibaca.


CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK

  1. Pemahaman terhadap tajuk mestilah tepat, iaitu segala keterangan dan penjelasan serta contoh yang diberi mestilah tidak terkeluar daripada tajuk.
  2. Setiap karangan mestilah mempunyai isi yang menepati maksud atau kehendak soalan. Sebuah karangan yang baik dan menepati kehendak pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.
  3. Pendahuluan sesebuah karangan mestilah sesuai dengan isi dan menepati tajuk serta dapat menarik pembaca untuk membaca karangan itu sehingga selesai.
  4. Isi karangan mestilah dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi belum tentu dapat menjadikan karangan kamu itu menarik sekiranya kamu tidak pada menghuraikan isi-isi tersebut dengan baik.
  5. Untuk bahagian penutup pula, kamu hendaklah menulis suatu kesimpulan yang kemas tentang karangan yang telah kamu tuliskan itu.
  6. Penggunaan tatabahasa yang betul dalam karangan dapat mempengaruhi markah karangan kamu. Oleh itu, cara kamu membentuk ayat-ayat dalam karangan mestilah berpandukan tatabahasa yang betul.
  7. Karangan kamu hendaklah menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai fikiran atau pendapat yang matang.
  8. Pengolahan karangan hendaklah menarik sehingga dapat memberi kesan di hati pembaca.

Related Posts

1 comment

Zulaikhana July 7, 2020 - 9:26 PM

thanks

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.