Terjawab sudah persoalan Transisi Tahun 1 2023 berapa minggu? Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyebarkan surat siaran berkenaan pelaksanaanya yang akan berlangsung selama 4 minggu bermula hari pertama persekolahan bagi sesi 2022/2023.
Transisi bermaksud peralihan sesi pembelajaran anak-anak ke alam persekolahan formal. Tempoh pelaksanaan selama empat (4) minggu ini diputuskan setelah mengambil kira murid prasekolah telah mengikuti pembelajaran selama dua (2) bulan pada tahun 2022 berikutan pelanjutan sesi persekolahan tahun 2021.
Berkaitan: Koleksi Bahan Transisi Tahun 1 2021
Program Transisi Tahun Satu 2.0 dilaksanakan untuk memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani dan tahap penguasaan perkembangan kognitif.
- Fasa penyesuaian dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan. Penekanan dari aspek sosioemosi, perlu diberi kepada semua murid bagi meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial; dan
- Fasa kesediaan pula dilaksanakan pada minggu ketiga dan keempat sesi persekolahan untuk memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.
Objektif Transisi Tahun 1 2023
- Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun Satu.
- membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam pembelajaran seterusnya.
- Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
- Membantu murid mengurus diri sendiri.
- Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.
Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 2023
Mulai Kalendar Akademik 2022/2023, PITS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama persekolahan.
Pelaksanaan versi 2.0 mengandungi dua (2) fasa iaitu:
- Fasa Penyesuaian
- Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
- Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.
- Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.
- Fasa Kesediaan
- Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu.
- Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).
- Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid.
- Merujuk tema seperti dalam Kit PITS 2.0. Pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.
- Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.
Muat Turun Kit Transisi Tahun 1 2023
Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah berkongsi kit ini melalui laman sesawang http://bpk.moe.gov.my/ untuk rujukan guru-guru tahun satu. Boleh juga klik pautan di bawah untuk memuat turun bahan:
Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru dan ibu bapa/penjaga adalah penting bagi memastikan pelaksanaan PITS 2.0 berjalan dengan jayanya. Berikut disenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap pihak:
A. Pentadbir
- Memahami konsep pelaksanaan program transisi.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan program transisi.
- Mengenal pasti guru yang terlibat dengan program transisi.
- Bekerjasama dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG)/lembaga pengelola sekolah (LPS).
- Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa.
- Merancang pemantauan dan penilaian program di peringkat sekolah.
- Melaksanakan pemantauan dan penilaian program serta menyediakan laporan bagi sekolah masing-masing.
- Memastikan kelancaran program transisi.
- Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru yang melaksanakan program transisi.
B. Guru
- Memahami konsep dan pelaksanaan program transisi.
- Mengadakan perbincangan bagi merancang pelaksanaan program dengan guru lain yang terlibat.
- Merancang dan melaksanakan fasa penyesuaian dan fasa kesediaan menggunakan strategi atau kaedah yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid.
- Melaksanakan fasa penyesuaian selama dua (2) minggu dan fasa kesediaan selama dua (2) minggu.
- Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.
- Melaksanakan pentaksiran dari aspek penyesuaian diri, sikap terhadap pembelajaran serta perkembangan kognitif berdasarkan senarai semak kesediaan murid
- Menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan dan kecenderungan murid seperti aktiviti visual-auditori-taktil.
- Melaksanakan pentaksiran bilik darjah.
- Menyediakan pelbagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
- Menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran prabaca, pratulis dan pranombor bagi murid yang belum menguasai kemahiran tersebut.
- Memastikan murid dapat menguasai literasi dan numerasi asas.
C. Ibu bapa/Penjaga
- Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal.
- Menghubungi guru untuk mengetahui perkembangan anak mereka.
- Memastikan kelengkapan pembelajaran seperti alat tulis, buku dan pakaian disediakan.
- Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
- Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.
Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1 2023
- akan dikemaskini
Bahan-bahan dan dokumen berkaitan:
- Buku Program Transisi Tahun 1 2023 [KLIK]
- Surat Siaran Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 [KLIK]
- Garis Panduan Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 [KLIK]
- Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 Siri 2 [KLIK]
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Kit Transisi Tahun 1 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari bahan berkaitan. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.
Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.
Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂