Saya kongsikan informasi Senarai Semak Fail Kokurikulum Terkini sempena nak melengkapkan Fai Pengakap kumpulan sendiri. Senarai semak ini boleh digunakan oleh mana-mana unit kokurikulum, sama ada Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, ataupun sukan dan permainan.
Kuncinya, dokumentasikan segala perjumpaan, perancangan. laporan dan mana-mana dokumen seawal hari pertama perjumpaan atau interaksi bermula. Semoga kita semua mampu istiqamah untuk mengelakkan kesukaran di kemudian hari. 😀
Kandungan Fail Kokurikulum
Sukar sekiranya tiada panduan untuk menyusun dokumen-dokumen yang ada. jadi, saya gunakan panduan daripada Borang Instrumen Kunjung Bantu dan Tinjauan Pembangunan Bakat Murid daripada JPWP Kuala Lumpur. Moga dapat membantu juga rakan-rakan yang sedang dalam misi yang sama; melengkapkan fail.
Fail Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, ataupun sukan dan permainan perlulah mengandungi item-item yang berikut:
- Surat permohonan penubuhan pasukan badan beruniform/kelab dan persatuan/sukan dan permainan daripada guru/murid disertakan bersama
- a. draf perlembagaan/perlembagaan
- b. draf aktiviti utama
- c. senarai jawatankuasa penaja/senarai jawatankuasa.
- Surat kelulusan daripada penolong pendaftar sekolah. Ada penyataan kelulusan penubuhan.
- Surat pelantikan sebagai guru pemimpin/penasihat. Ada penyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan.
- Minit mesyuarat agung.
- Perlembagaan yang disahkan oleh penolong pendaftar sekolah.
- Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah.
- Takwim aktiviti tahunan yang disahkan oleh Penolong Pendaftar Sekolah.
- Senarai keahlian yang disahkan oleh guru pemimpin.
- Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan (jika ada).
- Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada persatuan melalui guru pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar. (NGO sahaja)
- Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua/Guru Besar melalui guru pemimpin.
- Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada badan induk.
- Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada badan induk atau sijil penubuhan. (Semua pasukan badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah)
- Surat panggilan mesyuarat.
- Minit-minit mesyuarat yang diadakan.
- Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli.
- Laporan setiap aktiviti. (Mengikut format yang diberi)
- a. merancang aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/inovasi
- b. melaksanakan aktiviti yang dirancang
- c. merekod data dan maklumat
- d. menganalisis data dan maklumat
- e. mengambil tindakan susulan.
- Laporan tahunan.
- Surat penyerahan kembali kuasa dan pelantikan sebagai guru pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.
- Stok dan aset alih bernilai rendah.
- Contoh sijil/surat penghargaan.
Pemarkahan Instrumen Kandungan Fail Kokurikulum
Sekiranya menerima kunjung bantu daripada Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), fail yang disediakan ini juga akan dinilai menggunakan skala di bawah:
SKOR | VERIFIKASI | SKALA | PENCAPAIAN |
---|---|---|---|
0 | Tiada atau tidak disediakan | 0% – 29% | Sangat Lemah |
1 | Maklumat / bahan ada tetapi tidak lengkap | 30% – 49% | Lemah |
2 | Maklumat / bahan telah disediakan dan dikenalpasti tetapi tidak dikemaskini | 50% – 69% | Sederhana |
3 | Maklumat / bahan memenuhi kriteria yang dikehendaki | 70% – 84% | Baik |
4 | Maklumat / bahan sangat baik dan boleh dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah lain | 85% – 100% | Cemerlang |