Majlis penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025 telahpun didedahkan keanggotaannya secara umum pada hari ini. MPPK ditubuhkan berdasarkan Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang memperuntukkan bahawa;
“Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan; dan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri”.
6 daripada 9 ahli MPPK ini dipilih dalam kalangan mereka yang berlatar belakang profesion keguruan (Skim DG – skim perkhidmatan pendidikan).
Pengerusi MPPK dipilih dalam kalangan mantan Ketua Pengarah Pendidikan.
Garapan tokoh-tokoh pendidikan yang berupaya membawa hasrat 7 teras keutamaan KPM.
Senarai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)
Tidak perlu tunggu jadi yang tebaik dan tidak juga perlu tunggu peroleh penganugerahan yang banyak; untuk berkongsi sedikit yang bermanfaat. - [email protected]