Saya kongsikan untuk memudahkan carian Borang Skor PBPPP, instrumen penilaian kendiri yang digunakan untuk melengkapkan item dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT). PBPPP ialah singkatan kepada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk menentukan tahap prestasi pada setiap tahun.
Elemen Penilaian dalam Borang Skor PBPPP
Instumen yang terdapat dalam borang ini ialah penilaian kompetensi dan keberhasilan. Penilaian kompetensi ini termasuklah:
Nilai Profesional |
Amalan Profesional |
Hubungan Dengan Pelanggan |
Sahsiah |
Mengutamakan Pencapaian |
Kepantasan Bertindak |
Kematangan Emosi Dan Keyakinan Diri |
Budaya Kerja Sepasukan |
Berfokuskan Pelanggan |
Potensi |
Kepimpinan Berwawasan Dan Membuat Keputusan |
Penyesuaian Perubahan |
Keinginan Menimba Pengetahuan |
Pemikiran Kreatif Dan Inovatif |
Keilmuan Dan Pengetahuan |
Dasar-Dasar Kerajaan |
Peraturan Dan Pekeliling |
Penguasaan Bidang Tugas |
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) |
Kesediaan Dan Kewibawaan |
Kesediaan Menjalankan Arahan / Tugas-Tugas Lain |
Keupayaan Melaksanakan Bimbingan Dan Pementoran |
D2 Penglibatan |
Hubungan Luar |
Jalinan Dan Jaringan (Networking And Lingkages) |
Sumbangan |
Sumbangan Profesional Dan / Atau Sosial |
D3 Kemahiran |
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran |
Pengetahuan |
Perancangan |
Pengetahuan Pentaksiran |
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran |
Penyampaian |
Penggunaan Sumber Pendidikan |
Kemahiran Komunikasi |
Teknik Penyoalan |
Penglibatan Dan Penguasaan Pembelajaran Murid |
Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran |
Penilaian Prestasi Murid |
Muat Turun Borang Skor PBPPP
Borang ini mungkin juga boleh didapati melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my/ untuk rujukan guru-guru yang akan dinilai pada tahun semasa. Boleh juga klik pautan di bawah untuk memuat turun bahan:
Borang Skor PBPPP Instrumen Penilaian Kendiri
Borang ini saya sunting untuk kemaskan bahagian tetapan layout, jika ada sebarang kekurangan, mohon dimaafkan. Semoga perkongsian sekecil ini dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang memerlukan.
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Borang Skor PBPPP – Instrumen Penilaian Kendiri ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan melengkapkan borang dengan lebih mudah.
Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.
Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂
2 comments
Salam Cikgu, macmana nak dapatkan markah Penilaian Kendiri ni sebelum transfer ke eprestasi?
Pihak pentadbir akan uruskan markah penilaian kendiri nanti.