Program Bulan Bahasa Kebangsaan ini merupakan gerakan program tahunan yang dianjurkan sejak tahu 60-an dengan beberapa nama yang berbeza seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Sejarah Bulan Bahasa Kebangsaaan
Bermula 1999, program ini kekal dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan sehingga kini. Menjelang Oktober setiap tahu, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarahkan untuk melaksanakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Sepanjang bulan ini, kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Sekolah
Melalui sistem pendidikan, pihak sekolah perlu bijak mengatur aktiviti yang bersesuaian untuk menambahkan keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan dan kemajuan negara.
Institusi pendidikan dengan kerjasama agensi pelaksanaan dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan ilmuwan perlu menghasilkan lebih banyak karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan bermutu tinggi.
Muat Turun Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan
Buku program Bulan Bahasa Kebangsaan ini disusun untuk kegunaan guru-guru di sekolah. Susun atur trifold ini dilaksanakan untuk memaksimumkan penggunaan ruang.
- Format : Microsoft Power Point
- Size : A4 (Trifold)
- Calibri (body)
- Heiti TC
Selamat memanfaatkan. Tinggalkan komen dan cadangan supaya kami dapat memberikan hasil yang lebih baik pada masa akan datang! Guru-guru boleh memuat turun buku program melalui pautan berikut:
5 comments
Saya doakan cikgu ayu agar diberikan kesihatan yang baik… Kesejahteraan hidup… Dan dimurahkan rezky… Terima kasih atas perkongsian
terima kasih atas perkongsian bahan. moga Allah menambahkan rezeki cikgu lagi..
Terima kasih Cikgu Ayu…semoga Allah permudahkan segala urusan cikgu dan sentiasa dirahmati Allah.
TERIMA KASIH CIKGU AYU. SANGAT-SANGAT MEMBANTU. TERUSKAN USAHA MURNI ANDA MEMBANTU GURU-GURU YANG TIDAK BERAPA ADA IDEA UNTUK MEMBUAT BUKU PROGRAM. JIKA ADA PENAMBAHBAIKAN SAYA AKAN KONGSI DENGAN CIKGU.
Terima kasih banayak Cg. Ayu. Semoga terus berkarya . Izinkan saya mengambil bahan untuk program sekolah saya.