Buku Program Majlis Khatam Al-Quran

Cikgu Ayu dot My

June 4, 2018

Saya kongsikan juga Buku Program Majlis Khatam Al-Quran. Minggu terakhir di sekolah sebelum menjelang Syawal, kebiasaannya Panitia Pendidikan Islam melalui Program Ihya’ Ramadan akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.

Program seumpama ini pastinya mampu melengkapkan Ibadah Ramadan dan dapat mentarbiyah warga sekolah untuk mencintai Kalam Allah ini.

Budaya Cinta Al-Quran

Warga sekolah akan didekati untuk memahami dan menghayati kandungan Al-Quran. Semoga bulan Ramadan ini mampu menjadi titik pemula untuk mendidik dan melatih warga sekolah supaya terus mendekati dan memahami kandungan Al-Quran.

Program Khatam Al-Quran

Khatam merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang bermaksud tamat. Program Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan tradisi warga sekolah yang telah bersama-sama melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Semasa majlis ini berlangsung, murid-murid akan bergilir-gilir membaca Al-Quran sehinggalah tamat.

Muat Turun Buku Program Majlis Khatam Al-Quran

Saya sediakan template buku program Majlis Khatam Al-Quran ini untuk kegunaan guru-guru di sekolah. Format buku program ini ialah (.pptx). Boleh diedit menggunakan Microsoft PowerPoint.

Kesimpulannya

Semoga dengan perkongsian Buku Program Majlis Khatam Al-Quran ini sedikit-sebanyak dapat memudahkan urusan sahabat-sababat guru.

Semoga segala amal jariah kita dalam mendidik anak-anak murid mampu menyuburkan ganjaran pahala di sepanjang jalan ke sana. 🙂

12 thoughts on “Buku Program Majlis Khatam Al-Quran”

  1. assalamuaalaikum cg ayu..terima kasih di atas perkongsian… semoga Allah permudahkan urusan cg Ayu dan sentiasa dimurahkan rezeki..In shaa Allah..

    Reply
  2. syukran sgt2 cikgu Ayu..akk dload buku program ye..moga rezeki awk terus mencurah mengalir spt air sungai…Amiin..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.