Nadi Ilmu Amalan Membaca – satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan Ini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 : Program membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.
Dalam usaha memaksimumkan bilangan pengguna pusat sumber dan meningkatkan jumlah buku yang dibaca oleh murid-murid, pihak sekolah telah menyediakan ‘button badge’ sebagai cenderamata untuk pengunjung pusat sumber bertuah bagi setiap bulan.
3 comments
tempah dekat mana button badge ni
Kalau berminat, boleh tempah melalui saya, puan. 😀
Berapa harga?