Dalam perkongsian kali ini, saya kongsikan cara-cara untuk semak markah prestasi guru di laman HRMIS. Portal HRMIS ini diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), lengkap dengan pelbagai fungsi untuk penjawat awam.
HRMIS merujuk kepada akronim Human Resource Management Information System. Markah prestasi ini juga penting untuk kenaikan pangkat. Sekiranya rasa markah yang diterima tidak seimbang dengan kerja buat cikgu-cikgu, boleh rujuk ketua jabatan untuk dapatkan penjelasan.
Cara Semak Markah Prestasi Guru
Di sini saya kongsikan langkah-langkah atau cara untuk semak markah prestasi guru. Klik https://hrmis2.eghrmis.gov.my/ Pastikan rakan-rakan masih ingat ID Pengguna dan Kata Laluan untuk akses masuk ke portal ini.
Taip nombor IC ke dalam ruangan ID Pengguna dan masukkan kata laluan. Perlu ingat, nombor IC yang ditaip tak boleh ada tanda sempang “-“. Contohnya: – 740912135454.
Lupa kata laluan HRMIS?
Bagi kata laluan pula, ingat semula apa kata laluan yang kita gunakan sebelum ini. Jika terlupa, klik sahaja Lupa Kata Laluan.
Fungsi set semula Kata Laluan Pengguna akan berdasarkan alamat e-mel rasmi. Kita juga perlu nyatakan Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam yang direkodkan di dalam HRMIS dengan tepat.
Sekiranya maklumat e-mel rasmi masih belum dikemaskini, perlu hubungi Pentadbir Sistem di sekolah masing-masing untuk melakukan fungsi set semula Kata Laluan HRMIS. Penggunaan alamat e-mel bukan rasmi yang direkodkan di dalam HRMIS adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian tulisan Cara Semak Markah Prestasi Guru di HRMIS ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru untuk mendapatkan maklumat prestasi masing-masing.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Walau apa juga angka yang kita lihat, doa-doa Allah terima setiap keringat dalam menjalankan tiap amanah yang diberikan. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My 🙂