Home Dunia Pendidikan Julat Gred Markah Sekolah Rendah: UPSR

Julat Gred Markah Sekolah Rendah: UPSR

by Cikgu Ayu dot My

Sejak pelaksanaan PBS di sekolah rendah, sistem penggredan markah juga turut diubah suai. Julat A,B,C, D, E, F dan TH diguna pakai dalam menggred pencapaian murid. Calon UPSR 2015 merupakan generasi terakhir yang akan menggunakan julat gred yang lama, manakala bermula 2015, gred yang baharu ini akan digunakan sepenuhnya di sekolah rendah.

Julat Gred SR Untuk Tahun 2015 Untuk D6, julat gred yang lama masih digunakan:
80 – 100 –> A
60 — 79 –> B
40 — 59 –> C
20 — 39 –> D
01 — 19 –> E
00 ——–> TH

Untuk D4 dan D5, berikut ialah julat gred yang baru:
85 – 100 –> A
70 — 84 –> B
60 — 69 –> C
50 — 59 –> D
40 — 49 –> E
01 — 39 –> F
00 ——–> TH

Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).

Related Posts

2 comments

suzanah binti jahar November 18, 2015 - 11:13 AM

adakah Gred D dikira gagal untuk UPSR 2015

Reply
Cikgu Ayu dot My November 20, 2015 - 6:23 AM

Tidak, puan. Gagal cuma di gred F. 🙂

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.