Karnival e-Pembelajaran Universiti-universiti peringkat Kebangsaan ini adalah untuk mengetengahkan teknologi dalam pembelajaran masa kini. Program ini merupakan salah satu motivasi untuk mengeksplorasi dan berkongsi kemahiran dan amalan yang terbaik dalam bidang pendidikan.
Berikut merupakan butiran program:
– Tarikh  : 14 dan 15 Disember 2015.
– Tempat : Unversiti Pendidikan Sultan Idris
Karnival ini akan mengetengahkan tiga aktiviti utama iaitu, pameran, pertandingan dan pengiktirafan serta pelbagai anugerah bagi menghargai pencapaian e-Pembelajaran di Malaysia.
Selain daripada pertandingan, pihak penganjur juga akan menyampaikan penganugerahan kepada warga pendidik dalam beberapa kategori sebagai tanda penghargaan. Antara kategori yang dianugerahkan ialah:
Penyertaan dalam program ini amat digalakkan buat semua pendidik memandangkan pelbagai input dan pengetahuan baharu yang bakal diperolehi. Berikut merupakan antara tarikan utama program ini:
Inovasi dan produk berteknologi terkini adalah antara teras pertandingan yang akan dijalankan di kalangan ahli akademik, pelajar dan orang awam.
Pameran berkaitan teknologi e-Pembelajaran, praktis terbaik, produk terkini.
Pengiktirafan dan Anugerah e-Pembelajaran Negara (AeN) diperkenalkan sebagai menghargai individu, organisasi, industri dan universiti yang mempamerkan pencapaian cemerlang.