397
Latihan 2:
Merujuk buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2 (hlmn. 11), Kata ganda separa bermaksud kata yang menggandakan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar terdiri daripada kata tunggal atau kata berimbuhan.
Contoh Kata Ganda Separa
Jenis Kata Ganda Separa | Contoh |
Kata ganda separa tunggal | bola – bebola |
Kata ganda separa berimbuhan awalan | setinggi-tinggi |
Kata ganda separa berimbuhan akhiran | sayur-sayuran |
Kata ganda separa berimbuhan apitan | bersalam-salaman |
Rujukan Guru dan Ibu Bapa
5.2.3(ii) Memahami dan menggunakan kata ganda separa mengikut konteks. Objektif pembelajaran ialah, murid dapat:
- Menyatakan maksud kata ganda separa berserta contoh.
- Mengelaskan kata ganda separa mengikut jenis.
- Mengisi tempat kosong menggunakan kata ganda separa yang betul.
Latihan Kata Ganda Separa
[h5p id=”1″]
Latihan 2:
Kelaskan kata ganda separa mengikut kategori
Murid dikehendaki mengenal pasti 4 contoh kata ganda separa tunggal, Kata ganda separa berimbuhan awalan, Kata ganda separa berimbuhan akhiran dan Kata ganda separa berimbuhan apitan. Catatkan kata ganda separa dalam bentuk peta grafik mengikut jenisnya.