Lampu Isyarat Pembelajaran Abad Ke-21

Cikgu Ayu dot My

February 5, 2017

Penggunaan lampu isyarat (classroom traffic light) dalam bilik darjah merupakan salah satu cara penilaian yang bersistematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai guru, kita perlu menerapkan disiplin bilik darjah yang baik untuk memastikan murid dapat belajar dengan teratur dan mencapai objektif pembelajaran secara maksima.

Secara mudahnya, guru perlu memperkenalkan sistem traffic light yang digunakan. Pastikan murid tahu maksud dan faham tentang penggunaan warna-warna lampu isyarat ini.

Maksud Penggunaan Lampu Isyarat dalam kelas

  1. MERAH: Saya perlukan bantuan, saya tidak dapat meneruskan pembelajaran tanpa bantuan.
  2. KUNING: Saya mempunyai soalan, namun masih dapat meneruskan pembelajaran sehingga menerima bantuan.
  3. HIJAU: Saya berjaya melakukannya! Saya tidak memerlukan bantuan. Saya boleh membantu orang lain.

Definisi warna ini sebagai panduan sahaja, guru boleh menukar atau mengubah mengikut kesesuaian, asalkan definisi warnanya tidak menimbulkan kekeliruan antara guru dan murid.

Muat Turun Gambar Lampu Isyarat

Saya sediakan grafik warna ini sebagai hadiah buat mereka yang komited dalam bidang pendidikan dan mereka yang sentiasa menyokong serta mendoakan saya. Kali ini saya gunakan grafik Spongebob dan bentuknya segi empat, supaya guru-guru tidak menggunakan masa yang lama untuk meggunting.

Kami sediakan label ini dalam format yang mudah diedit. Rakan-rakan boleh muat turun dan gantikan dengan nama murid masing-masing sebelum dicetak. Bahan ini merupakan format (.doc) yang boleh dikendalikan dengan menggunakan perisian Microsoft Word.

Traffic Light PAK21

Lihat juga bahan-bahan berkaitan:

  1. Label nama murid kartun (lelaki/perempuan)
  2. Label nama meja murid doodle (lelaki/perempuan)
  3. Label nama di meja murid (english style)
  4. Label nama mengikut kumpulan haiwan comel
  5. Pelan Kedudukan Murid dalam Kelas

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Lampu Isyarat Pembelajaran Abad Ke-21 ini berguna kepada rakan-rakan untuk menyusun dan merancang persekitaran pembelajaran bilik darjah yang baik

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

36 thoughts on “Lampu Isyarat Pembelajaran Abad Ke-21”

  1. TERIMA KASIH CIKGU AYU…

    akak kagum dengan kesungguhan Cikgu Ayu, sanggup tolong sesama pendidik, semoga Allah berkati kehidupan Cikgu Ayu selamanya, Insya Allah

    Reply
    • semoga Allah SWT merahmati usaha cikgu dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan usaha untuk menjadi guru yang terbaik
      you are the best

      Reply
  2. Terima kasih Cikgu Ayu, saya nak mohon izin & halal utk saya download konten Cikgu Ayu,

    Semoga Cikgu Ayu dimurahkan rezeki dan diberkati hidup oleh Allah SWT

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.