Daftar masuk atau Login SPPB merupakan antara langkah terakhir dalam pengurusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang bakal berlangsung setiap tahun. UASA ini dijalankan di seluruh negara melibatkan murid-murid sekolah rendah (Tahun 4, 5 dan 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3).
SPPB ialah satu sistem pengurusan pentaksiran terkini, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM samada berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan. Sistem pentaksiran ini berfungsu sebagai:
- Sistem pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh.
- Sistem pentaksiran melibatkan pra-sekolah sehingga lepasan menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional.
- Merangkumi keupayaan proses yang berkaitan yang dikendalikan pada setiap peringkat sama ada di peringkat Kementerian, Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah.
- Mengautomasi secara komprehensif segala proses-proses manual sedia dengan lebih bersepadu.
- Berkeupayaan untuk menyimpan rekod dan sejarah pentaksiran murid yang sedang menjalani atau telah tamat pengajian Menganalisa pencapaian dan perkembangan murid berdasarkan instrumen-instrumen pentaksiran yang diguna pakai.
Login SPPB KPM
Guru-guru perlulah berdaftar dengan sistem pengurusan identiti (idMe) KPM untuk log masuk ke pengkalan SPPB dan kemaskini maklumat terkini.
- Sila layari https://idme.moe.gov.my untuk pengoperasian sistem.
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan.
- Sistem akan papar Skrin Sistem Pengurusan Identiti (idMe) apabila pengguna berjaya Log Masuk.
- Klik menu Aplikasi di bahagian kiri paparan.
- Kemudian, pilih Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.
Fungsi log masuk dan log keluar sistem SPPB adalah berkaitan dengan sistem idMe. Pengguna sistem SPPB boleh merujuk kepada manual pengguna idMe untuk langkah selain daripada log masuk ini.
Fungsi dalam SPPB KPM
Berikut adalah senarai fungsi-fungsi umum yang disediakan:
- Skrin Utama
- Kawalan Paparan Menu
- Kawalan Paparan Rekod /Jadual
- Carian
- Muat Naik / Lampiran
- Hapus Rekod
- Cetak
- Kembali ke Laman Utama
- Arkib
Markah UASA Semua Subjek
Peruntukan markah yang dipaparkan ini adalah bagi mata pelajaran yang instrumennya (soalan) disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Peruntukan markah subjek-subjek lain yang instrumennya (soalan) disediakan oleh pihak sekolah adalah kekal sebanyak 100 markah.
Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 & 3)
BIL. | MATA PELAJARAN (MP) | TINGKATAN 1 | TINGKATAN 2 | TINGKATAN 3 |
1 | Bahasa Melayu | K1: 60 markah K2: 40 markah | K1: 60 markah K2: 40 markah | K1: 60 markah K2: 40 markah |
2 | Bahasa Inggeris | Pemahaman: 40 markah Penulisan: 40 markah | Pemahaman: 40 markah Penulisan: 40 markah | Pemahaman: 40 markah Penulisan: 40 markah |
3 | Sejarah | 80 markah | 80 markah | 80 markah |
4 | Geografi | 80 markah | 80 markah | 80 markah |
5 | Bahasa Arab | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
6 | Bahasa Cina | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
7 | Bahasa Tamil | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
8 | Bahasa Punjabi | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
9 | Bahasa Iban | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
10 | Bahasa Kadazandusun | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
11 | Bahasa Semai | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
12 | Pendidikan Islam | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
13 | Matematik | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
14 | Sains | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
15 | Asas Sains Komputer | 70 markah | 70 markah | 70 markah |
16 | Reka Bentuk dan Teknologi | 70 markah | 70 markah | 70 markah |
17 | Maharat Al-Quran | 50 markah | 50 markah | 50 markah |
18 | Usul Al-Din | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
19 | Al-Syariah | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
20 | Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah | 100 markah | 100 markah | 100 markah |
Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 & 6)
BIL. | MATA PELAJARAN (MP) | TAHUN 4 | TAHUN 5 | TAHUN 6 |
1 | Bahasa Melayu | 50 markah | 50 markah | 50 markah |
2 | Bahasa Inggeris | 50 markah | 50 markah | 50 markah |
3 | Matematik (*SK/SJKC/SJKT) | 50 markah | 50 markah | 50 markah |
4 | Sains (*SK/SJKC/SJKT) | 50 markah | 50 markah | 50 markah |
5 | Sejarah (*SK/SJKC/SJKT) | 50 markah | 50 markah | 50 markah |
*SK – Sekolah Kebangsaan, SJKC – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJKT- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian informasi melalui artikel Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan rakan-rakan berkaitan isu semasa yang diketengahkan dalam bidang pendidikan.
Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.
Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂
1 comment
salam cgu, untuk bhgn pekerjaan, untuk pekerja swasta mcm mana nk fill up, mcm sy bhgn admin automotif, sy cari jawatan mostly bnyk sektor gomen. minta bantuan cgu