Logo Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan baharu ini saya susun dan kongsikan untuk rakan-rakan semua. Spesifikasi tetapan logo jabatan yang baharu ini adalah berpandukan Pekeliling dan Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menerusi perkongsian terdahulu: Logo Baharu KPM Bermula 2020, saya telah kongsikan gambar logo KPM dalam format PNG tanpa latar putih (transparent). Kali ini, saya tambahkan tulisan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pula. Boleh muat turun melalui pautan yang disediakan pada gambar.
Logo JPN Negeri Sembilan Terkini
Logo JPN Negeri Sembilan ini disediakan untuk kegunaan Jabatan Agensi di bawah KPM, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah serta syarikat korporat, NGO dan agensi kerajaan yang telah mendapat kelulusan daripada Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPM.
Penggunaan logo ini sama sekali tidak dibenarkan untuk sebarang program yang menyentuh sensitiviti dan keharmonian masyarakat dari segi agama, kaum, budaya serta bertentangan dengan peranan dan tanggungjawab KPM.
Muat Turun Logo JPN Negeri Sembilan
Format Logo JPN Negeri Sembilan ini ialah Portable Network Graphics (PNG) yang tidak mempunyai latar putih di belakangnya (Transparent).
Format Logo | Portable Network Graphics (PNG) |
Saiz Fail | 1 MB |
Nama Teks | Myriad Pro Bold |
Saiz Teks KPM | 50 |
Saiz Teks JPN | 44 |
Warna Teks | Hitam |
Saiz Jata | 15cm x 11.7cm |
Spacing | 1.5cm |
Saiz Garis Lintang | 35 cm x 0.1 cm |
Spacing Garis Lintang | 0.5 cm |
Warna Garis Lintang | Hitam |
Muat Turun Logo JPN Seluruh Malaysia
Rakan-rakan guru juga boleh meneruskan carian atau muat turun logo-logo JPN daru negeri-negeri lain jika berkeperluan untuk berbuat demikian melalui pautan di bawah.
- Logo JPN Perak
- Logo JPN Pahang
- Logo JPN Terengganu
- Logo JPN Perlis
- Logo JPN Selangor
- Logo JPN Negeri Sembilan
- Logo JPN Johor
- Logo JPN Kelantan
- Logo JPN Kedah
- Logo JPN Pulau Pinang
- Logo JPN Melaka
- Logo JPN Sabah
- Logo JPN Sarawak
- Logo JPWP Kuala Lumpur
- Logo JPWP Putrajaya
- Logo JPWP Labuan
Logo Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekiranya masih belum simpan logo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terkini, boleh muat turun melalui pautan Logo KPM. Logo ini boleh digunakan untuk urusan rasmi di sekolah.
Semoga dengan perkongsian kali ini dapat membantu menemukan carian rakan-rakan guru semua. Allah permudahkan urusan kita dalam bidang pendidikan dan juga urusan seharian, insha-Allah.