Berbantukan panduan dan bimbingan daripada Program Sekolah Amanah, terdorong untuk berkongsi ‘objektif pembelajaran’ dan ‘kriteria kejayaan’ bersama murid-murid.
Kedua-dua elemen Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini tidak lagi menjadi rahsia dan terperap dalam kertas Rancangan Pengajaran Harian, namun dipaparkan juga di hadapan kelas dan sentiasa dirujuk sepanjang berlangsungnya PdP.
JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My
Penulisan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang betul amat penting untuk membantu murid memahami proses dan hasil yang dihasratkan pada akhir pembelajaran. Antara ciri-ciri Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan ialah:
- Penentuan Objektif pembelajaran adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurukulum dan Pentaksiran (DSKP).
- Pemilihan Kriteria Kejayaan adalah berdasarjan Objektif Pembelajaran.
- Dipamerkan dan boleh dilihat semua murid semasa pembelajaran di dalam bilik darjah.
- Ditulis dalam bahasa yang mudah difahami murid.
- Sentiasa menjadi rujukan semasa pembelajaran, seawal kelas bermula sehinggalah tamat.
Kepentingan Berkongsi Kriteria Kejayaan
Kriteria Kejayaan ini dikongsi bersama murid-murid untuk memudahkan rujukan guru dan juga murid-murid sepanjang sesi pembelajaran. Dengan adanya penulisan kriteria kejayaan yang dikongsikan bersama, murid akan lebih berdikari untuk menyelesaikan tugasan.
Ini juga akan mengelakkan soalan yang berulang-ulang daripada murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Murid lebih terbimbing apabila dapat melihat ‘destinasi akhir’ setiap sesi pembelajaran. Jadi, kongsilah objektif pengajaran dan pembelajaran ini bersama murid-murid!
APA BEZANYA
‘Objective Learning’ dan ‘Success Criteria’?
http://www.cikguayu.my/beza-learning-objective-dan-success-criteria/
16 comments
salam.. tk atas perkongsian. sekolah saya baru terpilih menjadi sekolah amanah tahun ini. boleh saya dapatkan contoh RPH SA BM tahun 6?
Salam.. Boleh puan, mohon tinggalkan emel atau hubungi saya melalui emel [email protected]. 🙂
salam sejahtera,
boleh tak dapatkan contoh penulisan objektif pengajaran dan kriteria kejayaan.
terima kasih.
boleh tak dapatkan contoh penulisan objektif dan kereteria kejayaan bg subjek mate
Tahun ini..sekolah sy juga dipilih sbg sekolah amanah.sy ingin memohon contoh penulisan rph subjek bm jika ada
as slm
boleh tak cg ayu bg label yg dapat edit.
xdptlah edit.
ASSALAMMUALAIKUM CIKGU.
SAYA DILANTIK SEBAGAI PENYELARAS KELAS PDPA21 TAHUN INI.
BOLEH CIKGU KONGSI KEPADA SAYA BERKAITAN ‘LEARNING OBJECTIVE’ DAN ‘SUCCESS CRITERIA’ INI. TERIMA KASIH CIKGU.
Mohon share cara penulisan objektif dan suksess kriteria
Boleh lihat di pautan:
http://www.cikguayu.my/beza-learning-objective-dan-success-criteria/
Salam…cg ayu.
Saya nak minta contoh rph math dan math tamb abad ke 21.
Ini emel saya [email protected]
Salam…cg ayu.
Saya nak minta contoh rph BM abad 21.
Ini emel saya hatie8@gmail,com
Salam Puan
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Selamat Maju Jaya.
Terima Kasih.
Salam Cikgu Ayu
Ada ke contoh2 rph Pendidikan Moral Abad 21.dll lagi.
Jika ada tolong email kepada saya seperti di bawah .
[email protected]
Tqvm Cikgu Ayu.
SILA SHARE SAMPLE BM YR 2 LESSON PLAN ABAD 21
Adakah kriteria kejayaan perlu ditulis di dalam BUKU RPH.
Penulisan objektif perkongsian Sisc Azura mirip kpd cara penulisan kriteria kejayaan…
Cikgu boleh lihat tulisan saya di sini:
http://www.cikguayu.my/beza-learning-objective-dan-success-criteria/
Kedua-dua item ini perlu ada dalam perancangan kita..