Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

Cikgu Ayu dot My

September 16, 2015

Berbantukan panduan dan bimbingan daripada Program Sekolah Amanah, terdorong untuk berkongsi ‘objektif pembelajaran’ dan ‘kriteria kejayaan’ bersama murid-murid.

Kedua-dua elemen Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini tidak lagi menjadi rahsia dan terperap dalam kertas Rancangan Pengajaran Harian, namun dipaparkan juga di hadapan kelas dan sentiasa dirujuk sepanjang berlangsungnya PdP.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Objektif Pembelajaran
Kriteria Kejayaan

Penulisan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang betul amat penting untuk membantu murid memahami proses dan hasil yang dihasratkan pada akhir pembelajaran. Antara ciri-ciri Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan ialah:

  1. Penentuan Objektif pembelajaran adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurukulum dan Pentaksiran (DSKP).
  2. Pemilihan Kriteria Kejayaan adalah berdasarjan Objektif Pembelajaran.
  3. Dipamerkan dan boleh dilihat semua murid semasa pembelajaran di dalam bilik darjah.
  4. Ditulis dalam bahasa yang mudah difahami murid.
  5. Sentiasa menjadi rujukan semasa pembelajaran, seawal kelas bermula sehinggalah tamat.

Kepentingan Berkongsi Kriteria Kejayaan

Kriteria Kejayaan ini dikongsi bersama murid-murid untuk memudahkan rujukan guru dan juga murid-murid sepanjang sesi pembelajaran. Dengan adanya penulisan kriteria kejayaan yang dikongsikan bersama, murid akan lebih berdikari untuk menyelesaikan tugasan.

Ini juga akan mengelakkan soalan yang berulang-ulang daripada murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Murid lebih terbimbing apabila dapat melihat ‘destinasi akhir’ setiap sesi pembelajaran. Jadi, kongsilah objektif pengajaran dan pembelajaran ini bersama murid-murid!

APA BEZANYA
‘Objective Learning’ dan ‘Success Criteria’?
http://www.cikguayu.my/beza-learning-objective-dan-success-criteria/

16 thoughts on “Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan”

  1. salam.. tk atas perkongsian. sekolah saya baru terpilih menjadi sekolah amanah tahun ini. boleh saya dapatkan contoh RPH SA BM tahun 6?

    Reply
  2. ASSALAMMUALAIKUM CIKGU.
    SAYA DILANTIK SEBAGAI PENYELARAS KELAS PDPA21 TAHUN INI.
    BOLEH CIKGU KONGSI KEPADA SAYA BERKAITAN ‘LEARNING OBJECTIVE’ DAN ‘SUCCESS CRITERIA’ INI. TERIMA KASIH CIKGU.

    Reply
  3. Adakah kriteria kejayaan perlu ditulis di dalam BUKU RPH.
    Penulisan objektif perkongsian Sisc Azura mirip kpd cara penulisan kriteria kejayaan…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.