POPULAR

Gaji Penjawat Awam 2022 | Kakitangan Kerajaan

Hujung minggu, jenguk seketika ke sini. Saya kongsikan maklumat jadual tarikh gaji penjawat awam 2022 untuk rujukan rakan-rakan penjawat awam atau kakitangan kerajaan. Jadual ini boleh diguna pakai kepada semua kementerian atau jabatan persekutuan seluruh negara. Kalendar gaji ini yang disusun dan dikongsikan menggunakan sumber dan maklumat terkini daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Perlu juga kita ambil tahu untuk merancang perbelanjaan dan kewangan bagi setiap bulan, bukan? Tarikh-tarikh ini dikeluarkan awal pada setiap tahun supaya para pekerja sektor awam dapat menguruskan perbelanjaan peribadi atau isi rumah dengan lebih teratur dan berhemah. Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2022 Saya

Read more

Label Nama Murid di Meja Sebagai Persediaan Pembukaan Semula Sekolah

Assalamualaikum, selamat sejahtera buat semua yang singgah di sini. Kali ini jom uruskan Label Nama Murid di meja mereka. Dengan adanya label nama atas meja ini, pergerakan murid akan lebih teratur dan tersusun. Pastikan juga kita telah menyediakan pelan kedudukan murid dalam kelas untuk meminimumkan pergerakan murid untuk mencari tempat duduk mereka. Sejak minggu lepas memang tak menang tangan nak siapkan kelas dan persekitaran sekolah dengan norma baharu. Dengan kedudukan meja dan rak di dalam kelas, jadual penggiliran, penggantian alas fabrik, tanggalkan langsir, penyediaan cecair pembasmi kuman dan sebagainya. Doakan moga-moga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat dan bertenanga untuk membuat

Read more

Persaraan Pilihan Sendiri Kakitangan Kerajaan

Apabila datang kepada topik persaraan pilihan sendiri, sayu juga hati. Mengenangkan suka duka dalam perjalanan memulakan karier melalui bidang pendidikan. Setakat ini, belum lagi berhasrat untuk bersara awal, namun pada masa akan datang belum tentu lagi keadaannya. Seperti yang kita maklum, kakitangan kerajaan yang berumur 40 tahun boleh memilih untuk bersara lebih awal. Faedah persaraan juga tetap dapat dinikmati sekiranya usia perkhidmatan adalah lebih daripada tempoh 10 tahun. Setiap kakitangan yang memohon sudah pasti ada sebab-sebab dan alasan yang kukuh. Semoga Allah permudahkan segala urusan guru-guru sama yang yang memohon bersara awal atau yang masih berada dalam litar perkhidmatan. Doa-doa

Read more