POPULAR

Bahan Fail Rekod Persediaan Mengajar 2023/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya kongsikan Bahan Fail Rekod Persediaan Mengajar 2023/2024 untuk perkongsian bersama. Insha-Allah saya akan kemaskini kandungan bahan fail rekod persediaan mengajar guru 2023 ini dari semasa ke semasa. Mohon doakan kelapangan waktu dan idea untuk saya ya! Terkini ! Bahan Fail Rekod Persediaan Mengajar 2023/2024 Apa yang perlu ada dalam fail RPM? Apa yang perlu ada dalam fail RPH atau fail RPM? Rakan-rakan guru boleh memberi cadangan bahan yang diperlukan dalam fail rekod mengajar masing-masing jika tidak dinyatakan di sini. Saya cuba senaraikan apa yang terlintas di fikiran saya dahulu, selebihnya boleh tambah di

Read more

Penyelesaian Isu Beg Berat Murid ke Sekolah

Isu beg berat ini ulang-ulang menjadi hangat dan kini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mula memutuskan solusi terbaik untuk menangani isu ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah memaklumkan kaedah dan ketetapan yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah beg sekolah murid terutama bagi murid-murid tahap satu sekolah rendah. Penyediaan lokar bagi murid tahap satu dan memperluaskan lokar bagi murid tahap dua. Penyusunan semula jadual waktu mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai. Penggunaan buku latihan tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada suatu masa. Murid hanya dibenarkan menggunakan buku aktiviti yang disediakan KPM. Penerbitan baharu buku teks

Read more

RPH 2022 Sekolah Rendah Lengkap Setahun Semua Subjek

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua yang berkunjung. Kali ini saya kongsikan RPH 2022 lengkap semua subjek untuk kegunaan setahun. RPH ini merujuk kepda rancangan pengajaran harian yang kita sediakan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Dalam usaha menjadikan diri seorang guru yang efektif dan proaktif, guru perlulah menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan teliti. Perancangan ini mesti dibuat, meskipun kita sebagai seorang guru berpengalaman, guru cemerlang ataupun guru pakar. Seorang guru yang sentiasa bersedia dengan kaedah dan isi pembelajaran ini akan meningkatkan keyakinan murid, seterusnya memotikasikan mereka. Kecuaian untuk menyediakan rancangan pengajaran harian ini merupakan perbuatan yang melanggar Akta Pendidikan

Read more

Bahan Catch-Up Plan Pelbagai Subjek 2022

Berbaki beberapa minggu lagi persekolahan sesi 2021/2022 dengan adanya penggal ketiga. Catch-Up Plan 2022 diharapkan dapat membantu anak-anak menguasai kandungan kurikulum yang sepatutnya mereka kuasai dalam tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang lalu. Saya kongsikan terlebih dahulu ringkasan mengenai Catch-Up Plan (CUP) yang sering meniti di bibir-bibir pentadbir, ketua-ketua panitia dan juga guru-guru subjek semua. CUP dibentuk berpandukan analisis Kandungan Asas Kurikulum (KAK) yang telah disampaikan kepada murid pada sesi persekolahan bermula Januari sehingga Disember ini. Penerimaan murid terhadap sesi persekolahan yang diadakan secara jarak jauh juga telah mencipta jurang. Artikel Berkaitan: RPH Sekolah Rendah Lengkap Semua Subjek

Read more