POPULAR

Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5

Dua hari cuti hujung minggu lepas, saya cuba susun Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5. Selain Google Meet, sekurang-kurangnya kita sediakan juga panduan bercetak. Doanya, anak-anak yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian boleh juga meneruskan pembelajaran. Tengah pening-pening dengan data kehadiran murid dalam APDM, dari awal pagi tadi sampailah petang ni tak dapat-dapat lagi cetak. Sudahnya memang kena tunggu malam nanti, trafik mungkin kurang sesak. Doakan. Berbalik kepada Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5 tadi, saya kongsikan dalam format yang boleh rakan-rakan edit. Jadi, bolehlah ubah mengikut kesesuaian. Perlu cepat juga, tempoh persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Panduan

Read more

Gambar Kartun Muslimah Comel

Salam Ramadan buat semua. Kali ini saya kongsikan kartun muslimah comel untuk kegunaan semua. Kartun ini merupakan karya pelukis berbakat, Shafiq Som. Lukisan ini sangat menarik perhatian. Comel, kan? Sebelum ini sukar juga jika kita nak jumpa kartun-kartun dari Malaysia. Kebanyakannya dari luar negara. Nak jumpa yang bertudung atau bersesuaian dengan budaya kita, agak mencabar. Alhamdulillah sekarang lebih ramai yang mula asah bakat melukis. Guru-guru, ibu bapa, atau sesiapa sahaja boleh memanfaatkannya. Sama ada untuk tujuan peribadi, pendidikan atau juga perdagangan. Pemurah. Moga Allah berikan ganjaran rezeki yang melimpah ruah buat Shafiq Som dan keluarganya. Gambar Kartun Muslimah Comel Gambar

Read more

Pelaksanaan PDPR Selepas Aidilfitri 2021 – Datuk Dr. Radzi Jidin

Terlanjur tonton Buletin Utama TV3 Tadi. Saya kongsikan juga di sini berita pelaksanaan PDPR selepas Aidilfitri 2021. Pengumuman ini telah disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin melalui Sidang Media 26 April 2021. PDPR merujuk kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Melalui sidang media ini, turut dikongsikan keputusan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Sekolah Terus Dibuka Kecuali Dinasihat Tutup Beliau juga memaklumkan bahawa setakat ini sekolah di seluruh negara akan kekal dibuka dalam keadaan selamat. Kecuali bagi sekolah-sekolah yang mendapat nasihat penutupan oleh pihak berikut: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Read more

Anugerah Bintang Nilam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Salam Ramadan. Saya kongsikan informasi Anugerah Bintang Nilam bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Perkongsian ini boleh dijadikan rujukan guru, ibu bapa dan juga murid-murid yang sedang mencari maklumat tentang ini. Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang pengiraan pengiktirafan Bintang Nilam. Pengiraan ini telah mengalami proses tambah baik. Murid-murid boleh meningkatkan markah prestasi PAJSK dengan adanya pengiktirafan bintang dalam Program Nilam. Semua guru dan ibu bapa perlu berganding bahu untuk memupuk minat membaca dalam diri anak-anak. Melalui amalan membaca, kita dapat mengamalkan budaya ilmu. Bimbing anak-anak untuk melibatkan aktif dalam program-program membaca yang dianjurkan. Anugerah Bintang Nilam Sekolah Rendah 1

Read more