Telegram Video Call: Cara buat panggilan video secara berkumpulan
‘Telegram video call’ dapat membantu guru-guru membuat panggilan video secara berkumpulan. Telegram merupakan pesaing terdekat aplikasi WhatsApp yang merupakan pilihan utama pengguna. Namun, antara banyak-banyak fungsi yang ditawarkan, fungsi panggilan video merupakan satu kekurangan yang nyata. Lima tahun selepas pelancaran panggilan suara, Telegram telahpun menambahkan keupayaan dan fungsi panggilan video. Fungsi ini membolehkan pengguna membuat panggilan video menerusi pelbagai peranti, termasuklah tablet dan komputer peribadi. Artikel terdahulu: Belajar guna Telegram sewaktu PKP Fungsi ini telahpun dilancarkan sejak Julai 2020 dalam versi percubaan. Alhamdulillah, Julai kini kita telah dapat merasai dan mencuba fungsi terbaru tersebut. Jom kita ketahui lanjut dahulu tentang
Read more1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari?
Ramai yang keliru, 1.00 petang atau 1.00 tengah hari. Ramai juga keliru, ejaan yang betul ialah tengah hari atau tengahari. Alhamdulillah tamat hari pertama PdPR, ada sedikit masa terluang. Jom kita berborak sedikit tentang kedua-dua persoalan ini! Berbalik kepada tulisan hari ini.. Sebenarnya, banyak kekeliruan yang timbul mengenai penggunaan istilah waktu yang tepat. Kebanyakannya, timbul kekeliruan untuk bezakan pecahan waktu tengah hari dan petang. Sebelum itu, jemput baca juga tulisan mengenai: Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5 Fail Rekod PdPR Untuk Kemaskini Respons Tugasan Murid Contoh Jadual PdPR Kelas (editable softcopy) 1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari? Jom, tempoh masa
Read moreTema Hari Guru 2021, Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
Tema Hari Guru 2021: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu. Setiap tahun, semua sekolah di seluruh negara merayakan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Perayaan kali ini pastinya berbeza, guru dan murid hanya mampu bersua melalui dalam talian. Moga doa jadi penguat untuk kita terus belajar walau dalam apa jua cara sekalipun. Saya kongsikan juga info mengenai sejarah 16 Mei. Pilihan tarikh 16 Mei ini adalah bersempena penerimaan cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Laporan itu diterima oleh Jawatankuasa Pendidikan Rang Undang-Undang Majlis Persekutuan Malaysia (Jawatankuasa Perundangan Persekutuan). Sejak hari itu,
Read moreKartun Comel Lelaki dan Perempuan dalam Format PNG
Salam Ramadan buat semua. Kali ini saya kongsikan Gambar Kartun Comel Lelaki dan Perempuan dalam format PNG. Kartun ini merupakan hasil karya Farish Kun. Memang sangat berbakat pelukis ini. Sebelum ini sukar juga jika kita nak jumpa kartun-kartun dari Malaysia. Kebanyakannya dari luar negara. Nak jumpa yang bertudung atau bersesuaian dengan budaya kita, agak mencabar. Alhamdulillah sekarang lebih ramai yang mula asah bakat melukis. Guru-guru, ibu bapa, atau sesiapa sahaja boleh memanfaatkannya. Sesuai sangat jika nak digunakan untuk program Ramadan, Hari Raya dan juga mana-mana program yang bersesuaian. Moga Allah berikan ganjaran rezeki yang melimpah ruah buat Farish Kun dan
Read more