Latest feed

Featured

Bunting Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

Hampir-hampir terlupa, namun sempat juga siapkan bunting Selamat Datang dan Kempen Sayangi Buku Teks ni untuk Bilik Operasi SPBT Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (2). Sebagaimana yang telah kita ketahui, buku teks SPBT merupakan salah satu hadiah daripada kerajaan Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dan meringankan bebanan rakyat. Sebagai pengguna yang taat dan setia kepada negara, kita perlulah menjaga buku ini daripada diconteng, dikoyak, atau ditinggalkan di merata-rata tempat. Ibu bapa juga perlu lebih prihatin dalam mendidik anak-anak supaya menghargai pemberian ini dengan memastikan buku mencukupi, menulis nama anak, serta mengenakan plastik pembalut pada buku baharu. Moga-moga murid dapat menghargai

Read more

Poster Selamat Datang ke Kelas

Selamat Datang Ke Sekolah Tahniah, kerana anda berjaya hadir ke sekolah ! Kata-kata positif sememangnya diperlukan oleh murid dalam usaha menghargai keberadaan mereka di sekolah. Saya sediakan satu poster untuk di tampal di pintu bilik darjah. Moga-moga terisi ruang di pintu yang ada. Bagi kelas yang masih belum meletakkan bunting Selamat Datang, bolehlah memuat turun poster ini secara percuma !

Read more

Risalah Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah

Risalah atau dalam bahasa Inggerisnya ialah brochure atau pamphlet ini merupakan satu medium dalam usaha memberi kesedaran kepada semua warga sekolah, khususnya murid-murid dan ibu bapa tentang kewujudan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) serta peranannya terhadap sekolah. Pendedahan maklumat melalui risalah ini akan dapat menyedarkan warga yang terlibat bahawa tidak hanya murid yang nakal atau bermasalah sahaja yang perlu berjumpa dengan kaunselor, malah UBK ini juga menyediakan perkhidmatan bimbingan seperti dalam kes panduan menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah, atau sebagainya. Tidak ramai kaunselor di sekolah yang berusaha ke arah ini, namun kaunselor di sekolah saya telah menerbitkan risalah ini dengan menggunakan duit poket sendiri. Alhamdulillah,

Read more

Bahan Fail Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) Individu

Alhamdulillah, perkongsian bahan grafik daripada guru berhati mulia, YM Sharifah Juliana Syed Abd Rahman al-Idrus, Guru Perpustakaan dan Media di SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu untuk guru-guru lain yang masih belum menyiapkan kulit hadapan Fail Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) Individu dan juga penanda pembahagian setiap item yang perlu ada di dalam fail tersebut. Berikut merupakan bahan yang perlu ada di dalam fail PPB Individu: BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU Nama: Jawatan: Tempat Bertugas: BAHAGIAN ISI FAIL A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Vitae Kurikulum. Falsafah Pendidikan Negara. Skop Kerja. Sasaran Kerja Tahunan. B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan. Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan. Penyertaan

Read more

Pendaftaran Master Pendidikan di UPM

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji dan syukur saya hadapkan ke hadrat Ilahi kerana menempatkan saya di jalan untuk mencapai cita-cita yang saya impikan sejak kecil. Bukan sekadar cita-cita saja, namun juga harapan keluarga. Moga-moga segala urusan ini, Tuhan permudahkan hingga ke akhirnya. Ingin saya kongsikan pengalaman mendaftar Master Pendidikan di Universiti Putra Malaysia sebagai rujukan dan gambaran kasar bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Setelah membuat pendaftaran di Portal Sekolah Pengajian Siswazah, surat panggilan temuduga akan diedarkan kepada calon yang terpilih setelah tamat tarikh memohon. Temuduga ini akan menemukan kita dengan penyelaras program yang dipohon. Setelah lulus temuduga, surat yang menyatakan kita

Read more

Bunting Selamat Datang untuk Bilik Darjah

Isi masa terluang dengan apa yang kita suka, memang gembira. Rata-rata sekolah telah mula menampal bunting ucapan Selamat Datang kepada murid di pintu kelas masing-masing. Jadi, teringin pula untuk lihat hasil tangan sendiri tertampal di pintu kelas yang saya sememangnya akan masuk saban hari. Maka lahirlah 5 grafik ini. Penggunaan bunting yang mengalu-alukan kehadiran murid ini sememangnya menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan suasana dan nilai-nilai positif di sekolah, selaras dengan Konsep Sekolah Penyayang yang telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Melalui aspek emosi pula, murid-murid akan rasa lebih disayangi dan dihargai. Doakan semoga jiwa-jiwa pendidik reda dan tenang dalam menyebar

Read more