Latest feed

Featured

Label Cuti Sempena Hari Wilayah dan Thaipusam

Esok perlu hantar Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Jadi, saya siapkan terus label cuti yang bakal menyusul minggu hadapan. Kongsikan di sini untuk kegunaan rakan warga pendidik sekiranya berminat. Selamat bercuti panjang, moga-moga bahagia dan aman di sisi keluarga.  

Read more

Label Comel untuk Meja Murid di Dalam Kelas

Siapkan label meja comel untuk anak-anak murid saya. Baru sempat cetak dan laminate. Selepas ini cuma usaikan langkah potong dan tampal di meja. Jika ada yang berminat, boleh muat turun secara percuma. Tiada wang ringgit yang dipinta, cuma doa semoga saya berada dalam sejahtera rahmat-Nya dunia akhirat. Semoga Allah rahmat warga pendidik semua. Kami sediakan label ini dalam format yang mudah diedit. Rakan-rakan boleh muat turun dan gantikan dengan nama murid masing-masing sebelum dicetak. Bahan ini merupakan format (.ppt) yang boleh dikendalikan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Artikel Berkaitan: Akhir Kata Semoga dengan perkongsian bahan Label Comel untuk Meja Murid

Read more

Rumah Peranginan untuk Penjawat Awam

Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan adalah unit yang terbesar dalam organisasi BPH dimana mempunyai jumlah jawatan sebanyak 80 jawatan dan terdapat di 10 cawangan di dalam dan luar negeri. Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya. Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut. Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja. Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga

Read more

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan Akibat Banjir

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan Akibat Banjir | Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir. Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada

Read more

Kad Jemputan Majlis Hi-Tea SKUSJ 12

Jika ada yang sedang mencari contoh atau idea mahu siapkan kad jemputan mana-mana majlis, mungkin boleh buat seringkas ini. Susunan grafik ini saya sediakan khas untuk Majlis Hi-Tea Sekolah Kebangsaan USJ 12. Dengan temanya hitam dan putih, saya cuma letakkan kerawang sebagai hiasan bingkai dan juga latar belakang yang menjadi bayang belakang. Kad jemputan ini memuatkan butiran majlis seperti, nama majlis, tarikh, tempat, masa dan tema pakaian pada hari tersebut. Selain itu, atur cara majlis juga turut diselitkan bagi memudahkan hadirin mengetahui perjalanan majlis itu nanti.

Read more

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015

Jadual, tarikh dan grafik info tentang pembayaran gaji bagi penjawat atau kakitangan awam 2015 telah saya bentuk untuk rujukan rakan-rakan. Musim-musim cuti ini saya luangkan masa bersama komputer riba dan perisian-perian yang saya suka, antaranya Adobe Photoshop. Teknik yang digunakan, cuma flat designing dan susunan kotak-kotak yang ringkas. Ringkas dan menyeronokkan.

Read more