POPULAR

Kit Transisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0) dan Bahan Berkaitan

Guru-guru disarankan untuk memuat turun Kit Panduan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) sebagai rujukan dan panduan pelaksanaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran rasmi mengenai pelaksanaan program ini, yang dijadualkan berlangsung selama empat (4) minggu bermula pada hari pertama persekolahan sejak tahun 2022. Program ini bertujuan untuk memastikan murid dapat menyesuaikan diri dengan suasana baharu secara berperingkat, sekaligus memperkukuhkan persediaan mereka untuk pembelajaran formal di sekolah rendah. Berkaitan: Koleksi Bahan Transisi Tahun 1 2021 Program Transisi Tahun Satu 2.0 dilaksanakan untuk memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani

Read more

Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

Majlis penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025 telahpun didedahkan keanggotaannya secara umum pada hari ini. MPPK ditubuhkan berdasarkan Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang memperuntukkan bahawa; “Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan; dan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri”. Senarai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

Read more

Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu

Alang-alang sediakan bahan ulangkaji bersama anak-anak murid, saya kongsikan juga di sini Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu yang telah disusun, untuk manfaat bersama. Sekiranya relevan untuk sesi pengajaran rakan-rakan, bolehlah guna. Sejujurnya, sebelum ini tidaklah saya menekankan jawapan mengikut format yang disediakan oleh KPM, walaupun soalan seumpama ini ulang-ulang diajar di dalam kelas, merujuk kepada DSKP dan buku teks. Ruang untuk ulangkaji juga agak terhad memandangkan minggu kedua persekolahan, sudah bermula sesi ujian. Namun saya percaya, anak-anak ini boleh buat yang terbaik. Format UASA Bahasa Melayu 2023/24 Soalan ujian ini terbahagi kepada 4 bahagian. Calon-calon perlu menjawab kesemua bahagian soalan.

Read more