Pembahagi Fail Versi Jimat Dakwat

Cikgu Ayu dot My

June 3, 2018

Kemaskan fail dengan memuat turun pembahagi (devider/partition) fail ini. Oleh sebab saya lebih suka menggunakan kertas warna, jadi saya sediakan grafik cetakan hitam putih sahaja, jimat lagi menyenangkan. Kalau tak nak cetak banyak, boleh terus fotostat sahaja untuk membuat salinan, kan?

Mudah Edit

Pembahagi fail ini dalam format (.docx) dikendali melalui Microsoft Office Word dan boleh diedit mengikut kesesuaian kandungan fail cikgu-cikgu. Cetak atas kertas berwarna adalah lebih baik. Digalakkan, sebelum membuka fail, boleh terlebih dahulu muat turun dan install jenis fon yang berikut:

  1. Back to Black
  2. Adobe Abrew

Usahakan Perkembangan

Saya banyak belajar dan dah mula sesuaikan diri dengan keperluan kerja. Ada masa, kita buat sehabis baik. Jika tidak, buatlah walau dalam apa jua keadaan pun, asalkan ada perkembangannya. Baru siap devider, lepas ni kita pulun susun isi kandungnya pula. Selamat bekerja ! 😀

9 thoughts on “Pembahagi Fail Versi Jimat Dakwat”

  1. Tqvm..cikgu..cantik sungguh hasil lerja cikgu..saya guna ye..semoga cikgu diberikan kesihatan yang baik untuk cikgu terus berkarya..murah rezeki cikgu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.