Perkongsian kali ini adalah berkisarkan bahan Sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2023. Melalui tulisan kali ini saya kongsikan karya Cikgu Grafik untuk sambutan bulan kemerdekaan/bulan kebangsaan. Segala yang disusun adalah bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan usaha rakan-rakan untuk melaksanakan program di peringkat sekolah masing-masing.
Antara bahan yang dikongsikan ialah buku program, latar pentas (banner/backdrop), gegantung (bunting), poster Perdana Menteri, poster logo bulan kebangsaan, poster proses kemerdekaan tanah melayu dan lain-lain lagi.
Buku Program Sambutan Bulan kebangsaan
Buku program adalah bahan yang selalunya dicari. Setiap sekolah yang meraikan program ini sudah tentu akan menyediakan buku program sebagai rujukan. Terdapat 6 reka bentuk yang disediakan oleh Cikgu Grafik untuk kegunaan cikgu-cikgu di sekolah.
Poster Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan
Pelbagai aktiviti dan pertandingan boleh dilaksanakan di peringkat sekolah untuk memeriahkan lagi suasana. Guru-guru boleh mendapaatkan bahan mewarna poster, mewarna dan membuat topeng muka, mewarna bendera pelbagai bentuk, mewarna bendera negeri dan bermacam-macam aktiviti lagi.
Latar pentas dan gegantung boleh cetak sendiri dengan kos yang minimum. Jimat kos reka bentuk kerana anda boleh sahaja menyunting nama sekolah dan logo-logo dengan mudah kerana banner atau bunting ini disediakan dalam format (.ppt) yang boleh diakses menggunakan perisian Microsoft PowerPoint sahaja.
Kesemua bahan ini disediakan oleh cikgu grafik secara premium. Rakan-rakan guru boleh membuat pembelian melalui pautan di bawah:
Sorotan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023
Hari Kebangsaan Malaysia, atau hari kemerdekaan merupakan sambutan tahunan yang diadakan pada 31 Ogos, untuk memperingati peristiwa bebasnya Tanah Melayu dari penjajahan British pada tahun 1957. Perayaan ini disambut dengan pelbagai aktiviti meriah di seluruh negara. Berikut adalah gambaran bagaimana Hari Kebangsaan Malaysia biasanya diraikan:
- Mengibarkan Bendera: Perayaan biasanya dimulakan dengan galakan mengibarkan jalur gemilang di kediaman, bangunan dan juga kenderaan.
- Perarakan: Salah satu sorotan utama Hari Kebangsaan Malaysia adalah perarakan yang menampilkan pelbagai elemen seperti persembahan tentera, persembahan budaya, perarakan berhias, dan kumpulan pancaragam. Perarakan ini sering berlangsung di bandar-bandar utama dan menarik perhatian ribuan penonton.
- Pameran Budaya: Pelbagai kepelbagaian budaya Malaysia ditampilkan semasa sambutan Hari Kebangsaan. Kumpulan etnik yang berbeza, termasuk Melayu, Cina, India, dan komuniti pribumi, turut serta dalam persembahan tarian tradisional, persembahan muzik, dan pameran budaya, memperingati warisan negara yang kaya.
- Bunga Api: Pertunjukan bunga api mencerahkan langit malam semasa sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, mencipta pemandangan visual yang menakjubkan yang dinikmati oleh pelbagai golongan.
- Lagu-lagu Patriotik: Nyanyian lagu-lagu patriotik, termasuk lagu kebangsaan “Negaraku” dan lagu-lagu kebangsaan Malaysia yang lain, memupuk rasa perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat.
- Ucapan dan Pesanan Inspirasi: Ucapan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong disampaikan kepada semua rakyat yang mencerminkan kemajuan Malaysia dan menekankan kepentingan perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya.
- Dataran Merdeka Bersejarah: Dataran Merdeka di Kuala Lumpur mempunyai makna istimewa semasa sambutan Hari Kebangsaan kerana di situlah perisytiharan kemerdekaan Malaysia berlaku pada tahun 1957. Banyak acara dan aktiviti peringatan diadakan di tempat bersejarah ini.
- Penyertaan Komuniti Tempatan: Komuniti di seluruh Malaysia juga menganjurkan acara Hari Kebangsaan sendiri, termasuk upacara menaikkan bendera, persembahan budaya, dan pameran, menyumbang kepada perayaan di seluruh negara.
- Hiasan Dekoratif: Dalam minggu-minggu menjelang Hari Kebangsaan, bangunan dan jalan-jalan dihiasi dengan bendera kebangsaan, banner, dan simbol-simbol patriotik, menciptakan atmosfera meriah.
- Perpaduan dan Refleksi: Hari Kebangsaan Malaysia bukan hanya waktu untuk bersuka ria, tetapi juga waktu bagi rakyat Malaysia untuk merenung sejarah negara mereka dan mengukuhkan nilai perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya mereka.
Hari Kebangsaan Malaysia menyatukan rakyat Malaysia dalam perayaan kemerdekaan yang sukar diperolehi, corak budaya yang kaya, dan identiti kebangsaan bersama. Ini adalah peristiwa gembira yang dapat mempromosikan perpaduan dan semangat patriotisme di seluruh negara.
Contoh Buku Program Cikgu Ayu dot My
Boleh muat turun dan gunakan untuk program-program di sekolah cikgu. Sama sekali tidak dibenarkan untuk perkongsian yang bersifat keuntungan peribadi. Dapatkan terus menggunakan pautan di bawah:
- Buku Program Duta Sahsiah Murid
- Buku Program Transisi Tahun 1 2023
- Sambutan Bulan Kebangsaan 2023
- Sambutan Bulan Kebangsaan / Kemerdekaan
- Program Transisi Tahun 1
- Sambutan Hari Kanak-Kanak
- Buku Program Kejohanan Balapan dan Padang
- Pelancaran program Gerobok Rezeki
- Kreatif: Sambutan Bulan Panitia
- Kempen Sayang Buku teks
- Karnival Keusahawanan dan Kokurikulum
- Majlis Khatam Al-Quran
- Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
- Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah
- Majlis Graduasi Tahun 6
- Karnival Keusahawanan dan Kokurikulum
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Bahan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari bahan berkaitan. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.
Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.
Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂