Seminar 3i merupakan satu program anjuran rangkaian gergasi Google dan julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan menghimpunkan warga pendidikan daripada pelbagai latar belakang. Seminar 3i yang berlangsung selama 3 hari ini nyatanya sangat berbeza daripada seminar-seminar yang saya sertai sebelum ini. Berikut merupakan butiran program:
Nama Program  : Seminar 3i [Ilmu.Intergrasi.Inovasi]
Tarikh         : 19 dan 20 September 2015
Masa          : 7.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat        : Brickfields Asia Collage, Petaling Jaya.
Antara perbezaannya?
- Perkongsian ilmu yang sangat banyak dengan menampilkan individu berprofil hebat, pakar-pakar pendidikan tempatan, namun penyertaan peserta adalah PERCUMA!
- Dapat melihat dunia pendidikan daripada pelbagai perspektif berbeza, sama ada melalui perkongsian daripada penceramah atau sesama peserta.
- Dihadiri oleh peserta-peserta daripada pelbagai latar belakang dalam bidang pendidikan yang sangat proaktif dan positif, bercerita sesama peserta pun dah dapat banyak pengetahuan baharu!
- Ratusan unit hadiah melalui kuiz dan cabutan bertuah. Paling bertuah boleh dapat Chromebook!
- Â Sarapan, makan tengah hari dan minum petang ditaja sepenuhnya oleh penganjur.
- Pelbagai goodies seperti sticker note, notebook, pen, Cardboard VR Glasses dan banyak lagi!
- Bila tamat program pada jam 4.00 petang, 20 September, peserta rasa bagai ia baru bermula 5 minit yang lalu. Wow!
- Banyak sesi, bengkel, dan unconference dijalankan dan ada antaranya berlangsung serentak. Peserta hanya perlu pilih sesi, bengkel atau unconference yang mereka minat!
Antara topik menarik yang mampu membuka minda peserta:
- ‘Blended Learning’ & Teknologi di dalam Kelas oleh Jasbirizla Ilia Zainal Abidin.
- Amazing Race in the Classroom oleh Ng Mei Eng.
- Automatic Grading with Flubaroo and Camscanner oleh Mohamad Yassir Hamidun.
- Banyaknya Kertas: Mengurangkan Beban Pemarkahan dan Kerja Sekolah.
- Cara-cara Mengembangkan PLN/C (Personal Learning Network/Community).
- Chalk & Talk vs. Penggunaan Teknologi dalam Kelas.
- Chrome Extensions & Applications oleh Normie Azura Abdul Jamil.
- Connecting to Global Professionals: An Alternative Teacher Professional Development oleh Charles Choong.
- Cool Google tools to help with English oleh Martin McKay.
- Creating a Collaborative Atmosphere with Technology oleh Nazira Roslee.
- Crowdfunding: Mengumpul Dana dari Komuniti untuk Projek Pendidikan.
- Discovering My Hometown with Google Apps oleh Ang Kong Yew.
- Do You Think iThink? oleh Khairul Anwar Sharin.
- Drawzania Workshop oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani.
- Everyone Communicates, Few Connect – How to Build Relationships for Learning oleh Dr. Teh Su Thye.
- Flipping the Classroom with YouTube oleh Mohamad Yassir Hamidun.
- Get Connected with Hangouts on Air! oleh Tan Shin Yee.
- Google for Education Certifications for Teachers oleh Philip Tanpoco.
- Google Hangouts & Dunia Luar.
- Google Maps & Streetview – Ada Guna Dalam Kelas?
- Hands On Fun for English Classrooms oleh Martin McKay.
- Hangouts: Keeping In Touch with the World oleh Tan Shin Yee.
- Hoot Your Answer! oleh Nur Afiqah Suhaimi.
- Hyper Up Your Gadget oleh Mohd. Ariff bin Badarudin.
- Instilling 21st Century Skills in the Classroom oleh Lien Shariatmadari.
- Is Lifelong Learning Making a Difference? oleh Rani Wemel.
- It’s More Than Just Maps oleh Stephanie Yap Su Chen.
- Kepentingan Kepimpanan Sekolah untuk Kejayaan Guru.
- Kolaborasi Antarabangsa di dalam Arena Pendidikan.
- Laman Inovasi dalam Frog VLEÂ oleh Mohd. Hanif Zaimar.
- Let CASPER Give Your Presentation a New Face Lift oleh Kan Fong Kuen.
- Masalah Tahap Kemahiran Murid dalam Membaca and Mengira.
- Menggunakan Teknologi untuk memudahkan Pelaporan.
- Merging Saves Lives oleh Adnin Azmi.
- Modern Education is Collaborative oleh Florence Wan & Shahrina Shueb.
- Organized & Synchronized with Google Calendar oleh Ng Joo Hui.
- Pembangunan Profesional Guru Alaf Baru.
- Pembelajaran Di Luar Kelas.
- Penggunaan Chromebook di Sekolah.
- Penggunaan Peranti dengan Pelajar untuk Projek Berkumpulan.
- Plan from Scratch oleh Alina Amir.
- Pop-Rocket Workshop oleh AstroX.
- Teknologi dalam Ko-kurikulum.
- Virtual Reality: Penggunaan di dalam Kelas?
- Virtual Tours using MyMaps oleh Sarah Green.
- You Can Change Malaysian Education oleh Edmond Yap.
- 雲端使英語å¸ç¿’更容易 (Making Learning English Easier with the Cloud) oleh Anita Larmour.