Tema Hari Guru 2021: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu. Setiap tahun, semua sekolah di seluruh negara merayakan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Perayaan kali ini pastinya berbeza, guru dan murid hanya mampu bersua melalui dalam talian. Moga doa jadi penguat untuk kita terus belajar walau dalam apa jua cara sekalipun.
Saya kongsikan juga info mengenai sejarah 16 Mei. Pilihan tarikh 16 Mei ini adalah bersempena penerimaan cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Laporan itu diterima oleh Jawatankuasa Pendidikan Rang Undang-Undang Majlis Persekutuan Malaysia (Jawatankuasa Perundangan Persekutuan). Sejak hari itu, dokumen yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) menjadi dasar pendidikan nasional.
Objektif Sambutan Hari Guru
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My
Selamat Menyambut Hari Guru
لولا مربي ما عرÙت ربي “Jika tidak kerana guruku, tidak ku kenal tuhanku.” Terima kasih buat semua yang pernah berkongsi ilmu, moga Allah ganjarkan pahala berlipat ganda buat kalian.
Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari guru juga buat rakan-rakan perguruan. Semoga sentiasa diberikan kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa. Allah tidak lupa catat setiap kebaikan, terus ikhlas berjuang!
Tema Hari Guru 1972 – 2020
Selain tema hari guru 2021, kami kongsikan juga senarai tema hari guru pada tahun-tahun sebelumnya.
- 1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
- 1973 – Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
- 1974 – Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi
- 1975 – Guru Dengan Pembangunan Negara
- 1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
- 1977 – Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1978 – Guru Pembentuk Generasi akan Datang
- 1979 – Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1980 – Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1981 – Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1982 – Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1983 – Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1984 – Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1985 – Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1986 – Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1987 – Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1988 – Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1989 – Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1990 – Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1991 – Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1992 – Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
- 1993 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1994 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1995 – Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1996 – Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1997 – Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1998 – Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1999 – Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 2001 – Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2003 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2005 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2006 – Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2007 – Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2008 – Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2010 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2011 – Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
- 2012 – Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2021 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian info mengenai Tema Hari Guru 2021 ini dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan buat semua yang membacanya. Salam Syawal juga buat semuanya. Mohon ampun dan maaf jika ada terlanjur kata tersilap laku yang melukakan.
Doa-doa Allah kurniakan kerahmatan dan kasih sayang yang berterusan. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya!