Pernah dengar assessment for learning? Guru boleh menggunakan Padlet.Com sebagai alat penilaian yang interaktif. Penggunaan Padlet.Com ini amat membantu murid untuk membuat penilaian sewaktu sesi pembelajaran mereka. Melalui Pembelajaran Abad Ke-21, murid sepatutnya sudah terlatih untuk menilai sendiri hasil kerja mereka, atau setidak-tidaknya berupaya membuat penilaian berpasangan (peer assessment) secara berpandu.
Keperluan:
- Komputer
- Sambungan Internet
- Skrin dan Projekor
https://padlet.com/
Guru perlu mendaftar masuk ke laman https://padlet.com/ menggunakan akaun Google atau Facebook untuk membina tapak pembelajaran. Setelah berjaya membina tapak (Make a Padlet), bolehlah kongsikan pautan tapak tersebut dengan murid-murid. Murid boleh menggunakan komputer yang berlainan untuk membuat catatan pada tapak padlet yang disediakan. Boleh dilaksana secara individu, berpasangan atau berkumpulan; mengikut kesesuaian isi pembelajaran.
Papar dan Nilai
Pada tapak Padlet yang disediakan, murid dapat catat maklumat dan membaca maklumat yang diberikan oleh rakan / kumpulan yang lain. Sebagai permulaan, guru boleh juga boleh pancarkan tapak berikut menggunakan projektor agar penilaian dapat dilaksanakan dengan berpandu dan lebih bermakna. Sekiranya terdapat kesalahan, mana-mana murid dapat bersuara dan memperbetul catatan murid untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Contoh Padlet yang dikongsi bersama murid:
Tahun 4 – Kata Bantu
6 comments
Cikgu pun boleh anotate, beri markah dan komen jawapan murid dalam padlet✔�
Wah, sangat menarik. 😀
adakah padlet ni dikenakan bayaran? atau free je?
percuma sahaja. 😀
cikgu, nak tanye adakah murid perlu sign up utk memberi respons di dlm padlet??contoh apabila murid perlu menghantar hasil kerja
Tidak perlu.. Jika murid tidak sign up, dia akan jadi akaun Anonymous.. Cuma pesan supaya letakkan nama dalam box untuk kita kenalpasti identiti.